ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; -->

Info Pelbagai
  • Home
  • Home
  • '>About
  • SiteMap

Selasa, 1 Mei 2012

Cara membuat ubat gigi sendiri

Bahan-bahan:-
Sodium bikarbonat
Kalsium & gliserin (boleh didapati di farmasi)
Lemon
Garam

Cara-cara:-
1. Tumbuk kalsium sehingga hancur dan letakkan di dalam bekas yang lain.
2. Campurkan dengan beberapa sudu besar sodium bikarbonat, titisan lemon dan secubit garam.
3. Masukkan gleserin dan air secukupnya sehingga menjadi pes yang pekat.

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Selasa, Mei 01, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Dosa Satu Gambar Di Facebook


Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.
Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) – (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends.Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.

Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa – (B)
(A) + (B) = 30 000 300 – (C)
Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment ataulike, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)
Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.
Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta – (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.
Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di‘share’ oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men‘delete’ gambar.  :)

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Selasa, Mei 01, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 22 April 2012

Tak paham!!

\Assalamualaikum/ Hari ni Eddy nak kongsi sikit pasat Nginx. Pasti anda pernah terkena kan?? Akupon dah biasa. Tapi, pada suatu hari, Eddy bukak la blog aku tiba-tiba...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Boleh dia kata giler!!!! Eddy pun geram. Aku terus tutup plug komuter, pastu pasang balik. Aku pun bukak balik dan akhirnya elok juga. Tapi kenapa dia tulis giler sedangkan dulu tulis Welcome to Nginx! Pening kepala...

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Ahad, April 22, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 14 April 2012

Doa Jika Dibebani Hutang

Jika anda hidup di kelilingi hutang,
Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa yang dibawah ini.
kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.
Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir.
Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang
dan dari penindasan manusia.”

"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.”
(HR Abu Dawud 4/353)

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan.


Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.


Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hingga ke akhirat.

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Sabtu, April 14, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

6 Punca Malas Belajar


Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.

1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita.

2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.

3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.

4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif.

5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.

6. Fizikal kurang sihat
Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan baik, masa tu lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa.

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Sabtu, April 14, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 9 April 2012

Berkat perkataan Alhamdullillah


Pada zaman dulu, ada seorang raja yang suka memburu. Adakala pula menteri dia yang seorang ini suka sangat menyebut alhamdullillah. Sesudah makan alhamdullillah, bangun tidur alhamdullillah, selepas cukur kepala pun alhamdullillah.

Maka raja ini pun bertanyalah pada menteri tersebut: "Kenapa kamu suka menyebut alhamdullillah? Tidak ada ayat lain ke nak baca?" Berkatalah menteri tu: "Alhamdullillah, semoga kita dapat rahmat darinya." Maka raja pun buat tidak tahu sahaja seraya berlalu untuk beradu.

Suatu hari semasa raja ini hendak pergi memburu, sedang raja ni asyik memotong tali untuk diikat hasil buruannya maka terpotonglah jarinya sendiri seraya menjerit kesakitanlah raja tersebut "aduhhhh!!!!!" Menteri itu dengan pantas tersebut: "Alhamdullillah".

Dengan murka kerana bersyukur dengan kesakitanya itu, raja tu berkata: "Jari aku terpotong pun kau nak alhamdullillah ke?? Pengawal! Tangkap menteri ni masukkan dia di dalam penjara." Menteri tersebut pun berkata: "Alhamdullillah."

Maka selepas jari raja itu dibalut, pergilah ia masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba, raja itu telah bertembung dengan orang dayak yang makan manusia untuk dibuat korbanan pada tuhan mereka. Semua pengawal raja itu dibunuh dan dijadikan korban tetapi raja tadi dilepaskan oleh orang dayak tersebut.

Raja itu pun balik ke istana dan berjumpa dengan menterinya. Dia menceritakan segala-galanya kepada menterinya itu. Maka menteri itu berkata: "Alhamdullillah, kaum dayak itu tidak menjadikan tuanku sebagai korban disebabkan keadaan tuanku yang tidak cukup sifat kerana tidak cukup satu jari." Menteri itu berkata lagi: "Alhamdullillah berkat dariNya saya masih lagi hidup kerana tuanku memenjarakan patik. Kalau tidak patik pun telah terbunuh." Maka raja itu melepaskan menterinya.

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Isnin, April 09, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Suasana Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



- Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah S.W.T.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah S.W.T dan berpisah kerana Allah S.W.T.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah S.W.T lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah S.W.T.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam a.s tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak masa antara satu Nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W ke hadrat Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba di bumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat :
1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T.)

- Para Nabi dan Rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

- Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

- Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

- Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

- Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sepertimana sabda Rasullullah S.A.W: *Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. *Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak-anaknya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

0 ulasan Dicatat oleh Halidi Sharifuddin di Isnin, April 09, 2012
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)



Effect Blog

Terima kasih kepada:- Jaja Tutorial Untuk Blog Jom Bina Belog
  • kisahhalidi.blogspot.com
  • www.facebook.com/EdiHalidi
  • Hidup sentiasa indah...
    Star Backgrounds



    Jom Chat!!

    Pengikut

    Arkib Blog

    • ▼  2012 (14)
      • ▼  Mei (2)
        • Cara membuat ubat gigi sendiri
        • Dosa Satu Gambar Di Facebook
      • ►  April (9)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Februari (2)

    Mengenai Saya

    Foto saya
    Halidi Sharifuddin
    Lihat profil lengkap saya
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Dikuasakan oleh Blogger.
    Copyright© All Rights Reserved Kisahhalidi.blogspot.com